seismik

[VIDEO] Dah Nampak Kacak Pakai Baju Melayu, Sekali Cara Lelaki Ini Lari Bikin Ramai Dekah

Tergelak tengok dia lari.

Cover image via @han_midun96 (TikTok)

Setiap orang pasti memiliki kawan yang jenis berlainan bukan? Ada yang jenis sporting, pendiam dan ada juga yang jenis 'gila-gila'.

Mempunyai kawan pastinya dapat menghilangkan rasa bosan dikala seorang diri dan dapat menceriakan hari-hari kita dengan lawak jenaka mereka.

Kadang-kala tidak mengira situasi atau tempat, mesti ada saja gelagat yang menghiburkan hati diberikan oleh mereka.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki bikin dekah ramai kerana gelagatnya berlari ketika melintas jalan mencuri perhatian.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Melaka Kini

Buat hal lari macam perempuan masa lintas jalan besar

Menerusi video perkongsian tersebut, seorang lelaki dilihat lengkap mengenakan persalinan tradisional baju Melayu berwarna hitam dan ingin melintas jalan besar utama di sekitar Kuala Lumpur.

Namun apa yang lebih melucukan, lelaki berkenaan tanpa disangka berkelakuan luar jangkaan apabila cara dia berlari semasa melintas jalan seolah-olah seperti gaya seorang perempuan.

"Sungguhlah mencuit hati, pecah perut oi" - Netizen

Selain itu, si perakam jugak dilihat terhibur ketika menyaksikan insiden berkenaan yang membuatkan dia ketawa besar.

Lelaki berkenaan bukan saja berlari seperti perempuan malah cara gerakkan badannya juga membuatkan ramai yang tertawa.

Rata-rata netizen juga turut meninggalkan reaksi menghiburkan mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis video berkenaan telah meraih 448.1K views, 22.3K likes dan 447 comments.

Aduh, sakit perut gelak tengok dia berlari macam tu. Kalah perempuan ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: