[VIDEO] Lelaki Ini Tidur Atas Tilam Terapung Di Kawasan Banjir Buat Ramai Terhibur
Tidur di mana-mana pun boleh.
Tidur yang tidak cukup boleh menjejaskan tubuh badan dan menjadikan seseorang berasa letih dan lesu
Orang dewasa digalakkan untuk tidur selama 8 jam atau lebih setiap malam untuk merangsang kesihatan tubuh badan yang baik.
Namun, sesetengah orang masih memaksa badan untuk melakukan kerja walaupun tahu mereka berada dalam keadaan letih dan mengantuk.
Lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila tular videonya yang sedang lena tidur atas tilam di kawasan banjir.
Lena tidur atas tilam walaupun sedang dihanyutkan air banjir
Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki tersebut sedang lena tidur di atas sebuah tilam sambil memeluk bantal di kawasan banjir dalam keadaan hujan.
Apa yang lebih melucukan, dia dilihat begitu lena sekali berbaring di atas tilam tersebut seperti tidak menyedari yang dia berada di kawasan banjir.
"Walau kita berada dalam musibah, jadikan la dia sebagai kesyukuran" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi lelaki berkenaan yang dengan selamba tidur di kawasan banjir tersebut tanpa menghiraukan sesiapa.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 346.6K views, 19.1K retweets dan 20.1K likes.