seismik

[VIDEO] Terkejut Member Tiba-Tiba Hulur Biawak, Cara Lelaki Ini Melatah Pula Curi Tumpuan

Bahagian akhir tu paling lawak.

Cover image via @boycarlostowing (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dapat dinafikan, individu yang kuat melatah sering menjadi bahan usikan rakan-rakan dan orang sekeliling

Tetapi, dalam masa yang sama sebenarnya orang yang kuat melatah ini dapat menghiburkan kita kerana telatah mereka yang tidak dijangka. Memang tak kering gusi dibuatnya.

Sama juga seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila cara seorang lelaki melatah selepas diusik oleh rakan-rakannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus bertukar suara lepas lihat biawak depan mata

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki sedang mengusik rakan mereka yang kuat melatah. Malah, setiap kali rakannya itu melatah mereka semua turut ketawa.

Namun, sebenarnya sekumpulan lelaki itu sudah merancang untuk mengusik rakan mereka itu ke tahap yang lebih sedikit. Mereka dilihat membawa satu patung biawak besar lalu menunjukkan kepada rakan mereka itu.

Apa yang lebih menghiburkan adalah sebaik saja rakannya melihat patung tersebut, dia secara automatik menjerit dengan suara yang agak menghiburkan.

"Tengok banyak kali bukan dia yang penat melatah, kita yang penat gelak" - Netizen

Sementara itu, tinjauan diruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat video tersebut.

Malah, ramai yang tidak menyangka suaranya akan berubah diakhir video sebaik saja dia melihat biawak tersebut. Ada juga yang berulang kali menonton video itu kerana kelakar.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.4M views, 159.5K likes dan 1,948 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, jahat betul member dia ya. Tapi memang lawaklah tengok :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: