seismik

Baru Nak Buat Video TikTok Dengan Rakan, Sekali Nampak ‘Belalang’ Member Terus Jadi Gila

Auto gila ya jadi.

Cover image via @aprilll154 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang pasti mempunyai ketakutan atau geli terhadap sesuatu haiwan kerana bentuk atau sifat mereka

Tidak kiralah kecil ataupun besar, kalau sudah takut pasti akan membuatkan kita jadi tidak keruan apabila melihat haiwan itu.

Lebih-lebih lagi dengan serangga yang kecil kerana mereka ini mudah untuk dijumpai di mana-mana tempat.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis yang tiba-tiba menjadi 'gila' selepas terlihat seekor serangga hinggap di kepalanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tengah syok nak buat video TikTok, tiba-tiba ada belalang hinggap

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang gadis semasa itu sudah bersedia untuk membuat video tarian di TikTok bersama.

Namun tidak lama selepas itu, tiba-tiba muncul seekor belalang yang sangat besar hinggap di kepala salah seorang gadis itu dan berjalan di tudungnya.

Apa yang lebih melucukan adalah kejadian itu telah membuatkan gadis itu seolah-olah menjadi seperti 'gila' kerana mengoncang kepalanya dengan laju sekali untuk menghalau serangga tersebut.

"Ingatkan mula-mula filter, rupanya betul-betul" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut terhibur melihat video tersebut.

Malah, ramai yang ingat pada mulanya ia adalah filter semata tetapi rupa-rupanya adalah betul. Ada juga yang mengusik gerakan kepalanya itu tak ubah seperti seorang penyanyi rockstar.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 37M views,  3.6M likes dan 121.2K likes di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduh, tak boleh berhenti gelak tengok dia punya reaksi tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: