[VIDEO] Anak Ini Selamba Tanya Kenapa Tak Bangun Solat Subuh, Jawapan Si Ayah Pula Win!
Macam kawan-kawan ya sembang tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti kadang kala merasa pening nak melayan karenah mereka
Mana tidaknya, pelbagai persoalan akan ditanyakan kepada ibu bapa kerana pada usia ini mereka mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam.
Jadi, ibu bapalah perlulah memberikan jawapan yang sesuai dan mudah untuk mereka memahami persoalan yang ditanyakan.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak perempuan bertanya soalan kepada ayahnya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Anak tanya soalan kenapa ayah tak solat subuh
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ayah dan anaknya sedang makan bersama di rumah mereka.
Namun, si anak kemudian bertanya soalan kepada ayahnya yang berbunyi "kenapa ayah tak bangun subuh?". Pertanyaan itu lantas dijawab oleh si ayah sebaik saja mendengar soalan panas itu.
Lelaki itu memberitahu kepada anaknya pada pukul berapa dia bangun dan siapa yang membuatkan susunya kalau bukan si ayah. Apa yang lebih melucukan, jawapan kanak-kanak itu semua mempunyai nama si ayah apabila ditanyakan.
"Hahaha ni macam aku bila gaduh dengan adik beradik" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video tersebut.
Malah, ada yang suka melihat cara anak beranak itu bersembang. Ada juga yang dapat mengaitkan situasi itu seperti pergaduhan dengan adik beradik mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 246.3K views, 14.8K likes dan 225 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: