[VIDEO] Budak Ini Luah Perasaan Tak Puas Hati Posmen Asyik Hantar Barang Online Mak. Lucu!
Sedih betul tengok kau dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dengan kemudahan teknologi zaman sekarang, semuanya boleh dilakukan hanya dihujung jari saja
Memang makin mudah dan cepat! Daripada barangan keperluan sehinggalah barangan basah, dah boleh order online saja.
Berbeza dengan zaman dulu kerana semua benda perlu dilakukan secara manual dan ini agak melecehkan dan melambatkan sedikit kerja harian kita. Banyak juga platform online shopping yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk membeli kerana harganya jauh lebih murah daripada pasaran luar.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak menangis dek kerana posmen yang sering menghantar barang online maknya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cemburu mak asyik beli barang online untuk diri sendiri saja
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang menangis teresak-esak di dalam rumahnya.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila ditanya kenapa menangis dan kanak-kanak itu dengan selamba menjawab kerana abang posmen sering menghantar barang online mamanya itu.
Malah, wanita itu berpendapat bahawa dia mungkin jealous kerana belum pernah terima apa-apa barang atas namanya. Video itu membuatkan semua orang di dalam rumah tergelak selepas mendengar luahan hati kanak-kanak itu.
"Ahahaha sama macam anak-anak saya, memang kuat cemburu" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video kanak-kanak tersebut.
Malah, ramai berkongsi pengalaman sama anak mereka yang cemburu melihatnya. Ada juga yang terpaksa membeli barang untuk anak mereka kerana mahu mereka merasakan bagaimana posmen menghantar barang milik mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 14.7K views, 1,097 likes dan 162 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: