x

seismik

[VIDEO] Lelaki Syok Tidur Dalam Kenderaan Awam, Sekali Tak Sedar Terlentok Atas Bahu Orang

Malu weh!

Cover image via @ninoou (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pengangkutan awam sangat memudahkan kita untuk menuju ke sesuatu destinasi tanpa perlu penat memandu

Tambahan lagi jika kita memang menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan utama untuk pergi ke pejabat. Walaupun kita hanya duduk saja, tetapi rasa penat itu mesti ada setelah seharian bekerja.

Kadang kala sampai tertidur hingga terlepas tempat yang ingin dituju. Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki terlalu penat sehingga terlentok di bahu orang yang tidak dikenali.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ninoou

Hahaha @itsjustramy ##algeria ##dz

Oh No - Kreepa

Penat sangat sampai tertidur atas bahu orang tidak dikenali

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki begitu nyenyak tidur di dalam sebuah kenderaan awam.

Difahamkan sebelum itu, rakannya duduk di sebelah lelaki berkenaan sebelum memberikan tempat duduk kepada seorang wanita. Malah, lelaki itu dilihat tertidur sehingga menyandarkan kepalanya di bahu wanita berkenaan.

Apa yang lebih melucukan dia terpaksa dikejutkan oleh rakan-rakannya yang lain sebab rakannya ingin memberitahu siapa yang berada di sebelahnya.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut akhirnya bangun dan menyedari bahawa orang lain yang berada di sebelahnya dan berasa sangat malu kerana telah tidur di bahu wanita tersebut.

"I think he thought that was his mum" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat reaksi lelaki tersebut selepas dia bangun dari tidur.

Malah, ramai yang memuji wanita itu kerana tidak kisah dan tidak langsung mengejutkan lelaki tersebut untuk bangun dari bahunya. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka seperti itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.4M views, 734K likes dan 6,793 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mesti dia malu gila kan. Tapi nasib baik mak cik tu okay je :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik