Ramai Tak Amal Pengambilan Makanan Yang Betul, Doktor Ini Kongsi Tips Sahur Secara Sihat
Jom sama-sama amalkan ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila tiba saja bulan puasa pasti ramai yang tidak sabar untuk ke bazar Ramadan untuk membeli juadah kegemaran mereka
Iyalah, mana tidaknya selalunya juadah yang dijual di bazar Ramadan susah untuk didapatkan pada hari biasa dan ada sesetengahnya memang sangat popular pada bulan ini saja.
Malah, ramai juga yang membelinya secara banyak dan tidak memikirkan kesihatan mereka apabila memakan sesuatu hidangan itu.
Bukan saja pada waktu berbuka, tetapi juga pada waktu sahur. Makan apa yang ada saja, sebab itu badan jadi lemah dan lemau setelah seharian berpuasa.
Sebenarnya bila berpuasa, kalori biasanya makin kurang jadi nutrien pun terambil kurang. Jom kita lihat tips sahur secara sihat yang telah dikongsikan oleh Salsabila Aznan di laman Twitternya ini:
1. Wajib ambil suku-suku separuh
Ada yang kata makan nasi lebih cepat lapar bila berpuasa. Jawapannya ya, kalau korang makan nasi dan telur mata. Memang cepat lapar. Oleh itu, pastikan separuh pinggan yang korang makan ialah sayur dan bukannya nasi. Hal ini kerana, serat sayur buat kenyang lebih lama.
2. Ambil sumber protein
Kalau korang nak makan kurma, tambahkan segelas susu minima untuk dapatkan protein dan karbohidrat. Kalau makan nasi pula boleh ambil lauk seperti ikan, ayam, tauhu ataupun telur.
3. Kurangkan makanan berproses
Ini sering dilakukan oleh ramai orang. Kebiasaanya, ramai yang bersahur dengan makanan berproses seperti nugget, sosej dan burger. Kalau boleh elakkan pengambilan makanan ini. Termasuklah yang suka makan budu dan cencalok. Hal ini kerana, makanan yang tinggi garam akan buat anda cepat dahaga.
4. Minima minum 2 gelas air pada waktu sahur
Ini hanyalah saranan. Terpulang kepada korang kalau nak minum lebih. Bukan setakat lapar saja, malah dahaga pun perlu dijaga. Pastikan korang minum air masak yang cukup pada waktu sahur.
5. Variasikan makanan sahur setiap hari
Nutrien bergantung kepada kepelbagaian jenis makanan. Kalau boleh janganlah setiap hari sahur dengan makan oat saja ataupun salad setiap kali sahur. Pelbagaikan jenis karbohidrat, protein dan sayur-sayuran dalam makanan korang.