Kahwin Dengan Askar Punya Pasal, Masa Sanding Pun Jalan Macam Tengah Berkawad. Laju Betul!
Baris-baris sedia!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi pasangan pengantin, hari persandingan merupakan hari yang sangat penting kerana pada masa inilah majlis meraikan ikatan yang sudah sah
Sudah tentu pelbagai persiapan yang telah dilakukan bagi menyiapkan majlis tersebut agar semuanya berjalan dengan lancar.
Pasangan pengantin pula hanya perlu memikirkan mereka perlu kelihatan cantik dan kemas saja semasa berarak ke pelamin nanti.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila cara berjalan pasangan pengantin ini ke pelamin mereka mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sedar jalan laju sebab suami adalah seorang askar
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan pengantin itu sedang berarak menuju ke pelamin mereka.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah cara pasangan pengantin ini berjalan yang dilihat sangat laju berbeza daripada pasangan pengantin lain.
Malah, pengantin perempuan turut memberitahu dia sendiri tidak menyedari cara jalannya kerana terikut langkah suami yang berjalan oleh kerana dia merupakan seorang askar.
"Sorry sis saya tergelak, laju nau nak ke pelamin tak dan nak bergambar" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video tersebut.
Malah, ada yang berpendapat kepada sesiapa yang berkahwin dengan mana-mana badan anggota perlu memesan kepada mereka agar berjalan sedikit perlahan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 362.6K views, 19.9K likes dan 466 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: