seismik

Pakai Sandal Masuk Butik Mahal, Wanita Ini Siap Beli Handbag Beribu Guna Wang Kertas RM20

Usaha tangga kejayaan.

Cover image via @mieyabuuren96 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti semua orang mempunyai cita rasa sendiri dalam membeli barangan berjenama bukan?

Ada yang suka jenama ini, ada pula yang lebih sukakan jenama itu kerana harga yang berpatutan. Tetapi itu semua terpulang kepada kemampuan masing-masing.

Pandangan kita semua berbeza-beza apabila melihat sesuatu corak dan barang itu sendiri. Pasti ramai orang dalam hati menyimpan dan berhasrat untuk memiliki satu barangan berjenama mewah tetapi tidak mampu. Disebabkan itu ada yang sanggup menyimpan duit lamanya untuk membeli.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita membeli barangan berjenama mewah dengan hanya memakai sandal mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mieyabuuren96

Beli Bag Gucci Dengan RM20 , Alhamdullilah Bag Gucci pertama dengan hasil kerja keras sendiri . ##guccigang ##fyp ##workhardplayhard ##inspiration

bunyi asal - mieyabuuren

Syukur dapat beli beg Gucci pertama hasil kerja keras sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah pusat beli-belah terkenal untuk membeli barang.

Dia kemudian menuju ke sebuah butik berjenama mewah iaitu Gucci. Seperti semua sedia maklum Gucci adalah jenama luar negara yang sangat terkenal, jadi harganya sangat mahal kerana kualitinya.

Namun, wanita itu dengan sempoi dilihat hanya memakai T-shirt biasa dan sandal masuk ke dalam butik mewah berkenaan dengan hasrat mahu membeli beg tangan yang sudah lama diidamkannya. Apa yang lebih mengejutkan dia kemudian mengeluarkan kepingan wang kertas RM20 dan menyusun di atas rak kaca semasa membuat bayaran.

Difahamkan, dia membuat tabung dengan menyimpan wang kertas RM20 selama lapan bulan sejak Ogos tahun lalu sehingga Mac tahun ini.

"Don't care about what others are saying. This is your reward for your hard work" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif kepada wanita tersebut dan memuji usaha kerasnya untuk membeli beg idaman tersebut. 

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 194.3K views, 9,580 likes dan 498 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Terpulang kepada individu tu sendiri kan dia nak beli apa. Lagipun dia dah lama kumpul :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: