seismik

[VIDEO] 3 Kali Line Putus Masa Live, Adik Lutfi Buat 'Comeback' Sempurnakan Bacaan Surah

Sedap bacaan dia.

Cover image via @AdDien90 (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masih ingatkah lagi anda pada video budak yang tidak sempat menyempurnakan bacaan Al-Quran selepas 3 kali line terputus?

Videonya itu menjadi tular di sosial media beberapa hari lalu kerana bacaan Al-Quran darinya terputus sebanyak 3 kali semasa sedang live di televisyen.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia terputus bacaan di potongan ayat yang sama membuatkan satu studio terhibur dengan insiden itu.

Namun, baru-baru ini, budak yang dikenali sebagai adik Lutfi itu telah muncul kembali di program televisyen tersebut dan kali ini dia telah berjaya membacakan bacaannya dengan sempurna sekali.

Lihat video penuh itu di bawah:

Datang dengan semangat baru akhirnya berjaya menyempurnakan bacaan

Menerusi video yang telah dikongsikan di lama Twitter itu, kelihatan adik Lutfi kali ini dihubungi dengan panggilan video di program tersebut.

Malah, para panel juga merasa kagum mendengar bacaannya. Mereka juga turut memuji semangat yang ditunjukkan olehnya dalam membacakan potongan ayat Al-Quran berkenaan.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Sejuk perut ibu kau mengandung dik, Allahu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji bacaan yang disampaikan oleh adik Lutfi itu.

Malah, ada yang berpendapat ada hikmah mengapa sebelum ini line terputus kerana sekarang dia telah dikenali ramai dengan bacaan yang begitu mengagumkan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 552.8K views, 26.8K retweets dan 33.6K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Alhamdulillah, sempurna juga bacaan dia akhirnya ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: