Wanita Ini Ubah Suai Helmet Dengan Letak Signal, Tapi Cara Penggunaannya Pula Menghiburkan
Kreatif tapi menyakitkan juga ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi penunggang motosikal, risiko mereka adalah lebih tinggi daripada pemandu kereta
Hal ini kerana penunggang motosikal akan terlebih dulu terdedah kepada kemalangan berbanding pemandu kereta yang mempunyai sedikit risiko lebih rendah daripada mereka.
Tambahan lagi bagi penunggang motosikal yang tidak mengamalkan keselamatan diri dan akan menjurus kepada kemalangan. Ada yang bahkan tidak memeriksa dulu keadaan motosikal mereka sebelum menggunakannya.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita telah berkongsi satu ciptaan buat para penunggang motosikal.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hasil ciptaan baru untuk semua penunggang motosikal
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang memaparkan rekaan terbarunya dengan mengubah suai helmet dan meletakkan lampu isyarat padanya.
Hal itu bertujuan memudahkan penunggang motosikal menggunakan helmet jika lampu isyarat motosikal mereka rosak.
Wanita itu meletakkan alat micro bit pada belakang helmet berkenaan bagi membolehkan ianya dapat menyalakan lampu LED yang menunjuk arah anak panah mengikut gerakkan kepala yang dilakukan.
"Ni rider buat macam ni, next week ramai rider teleng" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai rekaan itu.
Malah, ramai yang mempersoalkan cara penggunaannya yang sangat lucu dan boleh menyakitkan apabila melakukannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 301.1K views, 1,712 retweets dan 3,966 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter: