[VIDEO] Pertama Kali Hantar Kepada Pengasuh, Ibu Ini 'Menangis' Teruk Nak Lepaskan Anak
Ibu-ibu mesti faham situasi ni kan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, pastinya penjagaan anak itu menjadi sedikit sukar buat mereka
Disebabkan itu, mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh untuk menjaganya.
Situasi ini berbeza dengan suri rumah yang tidak bekerja dan mempunyai masa untuk menjaga anak-anak di rumah. Sudah tentu, saat pertama kali mahu menghantar anak kepada pengasuh itu mesti pelbagai perasaan yang timbul bukan?
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita tidak dapat menahan sebak ketika menghantar anaknya pertama kali ke rumah pengasuh.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebak nak lepaskan anak kepada pengasuh untuk pertama kali
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang mempersiapkan barangan anak mereka untuk dihantar kepada rumah pengasuh memandangkan ini adalah pertama kali.
Si suami sempat merakam detik-detik dia dan isteri menghantar anak mereka dan masing-masing turut merasa sedih.
Namun, sebaik saja anak mereka dihantar, si isteri tidak dapat menahan air mata dan terus menangis di dalam kereta.
"Kenapa saya meleleh sedih jugak ni" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak dan dapat relate dengan situasi tersebut.
Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama mereka apabila mahu menghantar anak kepada pengasuh.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 52K views, 3,731 likes dan 228 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: