seismik

[VIDEO] Gadis Ini Curi Perhatian Boleh Cakap Bahasa Korea & Loghat Negeri Sembilan. Wow!

Wow, dua bahasa terus dia bercakap.

Cover image via @nuraezzatie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai bahasa dan agama

Seperti yang kita tahu, antara bahasa yang selalu kita dengar ialah bahasa Melayu, bahasa Cina bahasa India, dan bahasa Inggeris.

Namun, pernahkah anda mendengar orang Malaysia fasih berbahasa lain selain bahasa-bahasa tersebut? Jika ya, ia merupakan sesuatu yang sangat hebat dan berada di luar jangkaan.

Seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita bercakap dua bahasa dalam satu masa telah memukau orang ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nuraezzatie

POV : When you were born in Korea but living your life time in Negeri Sembilan ## ## ## ##fypp ##fypmalaysia

- nuraezzatie

Belajar bahasa Korea sendiri sehingga fasih bertutur

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu sedang membebel seorang diri dalam bahasa Korea.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia bukan saja fasih dalam berbahasa Korea, malah dia turut bertukar bahasa dalam loghat Negeri Sembilan dalam masa yang sama.

Dengan mimik mukanya yang bersahaja, ternyata gadis ini telah menarik perhatian ramai dengan cara yang tersendiri.

Menurutnya, dia fasih berbahasa Korea apabila dia menjumpai satu website untuk mempelajari bahasa Korea dan bertekad belajarnya sejak umur 17 tahun lagi. Difahamkan masa yang diambil untuk dia fasih adalah lebih kurang 7 hingga 8 tahun.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@nuraezzatie

@flamingoksh Website talktomeinkorean.com sangat berguna guys ! ##learnkorean ## ## ## ##fypp ##fypmalaysia

- nuraezzatie

"Tak nampak Jepun dan Korea pun. Tapi bahasa padu macam betul" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terpegun dengan  kepetahan gadis itu bercakap.

Malah, ramai memuji caranya bercakap yang seakan orang Korea. Ada juga yang terhibur selepas dia bertukar bercakap kepada loghat Negeri Sembilan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 673.7K views, 82.5K likes dan 3,268 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Suka tengok anak Malaysia boleh fasih dalam bahasa lain juga :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: