x

seismik

[VIDEO] Mamai Baru Bangun Tidur Kena Bagi Anak Makan, Sekali Tersuap Dalam Mulut Sendiri

Mengantuk sangat ayah dia tu.

Cover image via @azlee.__gomen (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya jika kita baru bangun tidur pasti kita akan mengambil masa beberapa minit sebelum melakukan kerja kan?

Hal ini kerana kadang kala kita masih mengantuk atau mamai untuk melakukan sesuatu kerja. Sebab itu kita perlu mengambil masa beberapa minit untuk betul-betul menyedarkan diri sebelum melakukan sesuatu.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang bapa yang baru bangun tidur disuruh untuk menyuap anaknya mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@azlee.__gomen

Kantoi Bangang !!! Bini Den Cctv Ghupo Ehh @kucing_kerek90 ##hhzlycious ##Atmix ##Gomen ##HidupGomen

original sound - AZLEE_GOMEN.__

Masih mamai baru bangun tidur, isteri suruh suap anak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki disuruh oleh si isteri untuk menyuap seorang anak lelaki mereka di ruang tamu.

Namun begitu, disebabkan baru saja bangun tidur dan masih mamai, dia tidak menyedari yang dia telah menyuapkan nasi tersebut ke dalam mulutnya walaupun dia sedang berpuasa.

Apa yang lebih melucukan, si anak hanya melihat gelagat si bapa dan dia akhirnya menyedari situasi itu dan membuang semula nasi itu dari mulutnya. 

"Ingat anak makan habis, rupanya bapa hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka ketika menyuap anak untuk makan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 300.9K views, 14.5K likes dan 549 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai, bila dah terlalu biasa macam inilah jadinya sampai tengah puasa pun tak ingat :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: