seismik

"Ni Gambar Terakhir Kau Dapat" - Elok Photoshoot Dengan Isteri Sekali Suami Terlepas Cakap

Berdekah weh!

Cover image via @norreen143_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekarang, media sosial telah menjadi tempat untuk orang menonjolkan bakat seperti content menarik tidak mengira usia

Jadi tidak hairanlah jika seseorang itu boleh menjadi famous oleh kerana content menarik mereka yang telah berjaya meraih tumpuan ramai.

Sama seperti Instafamous popular Norreen yang terkenal dengan video-video lawak dan 'masuk air' di laman TikTok miliknya.

Baru-baru ini, dia memuat naik satu video mengenai bagaimana di sebalik tabir dia menjadi photographer buat si suami yang menghiburkan hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@norreen143_

Bila isteri jadi photographer. AWAS EH JANGAN SALAH NGOMONG MAS. ##husbandwife ##selamathariraya

original sound - Norreen143

Isteri gigih jadi photographer suami untuk model baju Melayu

Menerusi video tersebut, kelihatan si isteri sedang melakukan photoshoot bersama suaminya untuk mempromosikan design baju Melayu.

Cara si isteri mengarah suaminya melakukan pelbagai gaya semasa sesi tersebut ternyata sangat menghiburkan. Malah, dia juga menyuruh si suami agar melakukan gaya Islamik sambil sedang berpura-pura solat.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si suami dengan tidak sengaja terlepas cakap untuk melakukan gaya akad nikah membuatkan si isteri bertanya adakah dia berhajat untuk berkahwin lagi.

Dia juga siap memberi amaran kepada suaminya untuk jangan pernah berani melakukan perkara tersebut. Lawak betul!

"Berapa kali tengok ulang gelak, adoi tang akad nikah tu tak tahan gelak" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pasangan tersebut.

Malah, ada yang menyifatkan Norreen seorang yang sangat tegas sehingga si suami takut untuk berlawan dengannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 155.7K likes dan 4,284 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, tak pernah tak menghiburkan video-video Norreen ni! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: