seismik

"He's So Cute" - Kejut Anak Bangun Sahur Guna Mikrofon, Cara Si Ayah Ini Undang Tawa Ramai

Lain daripada yang lain cara kejut dia tu.

Cover image via @adebonbon (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Biarpun pandemik Covid-19 masih melanda di seluruh dunia, namun kemeriahan sambutan bulan Ramadan tetap diraikan dengan suasana yang riang riuh

Sudah tentu bagi mereka yang jauh berada di perantauan pasti rindu untuk berbuka puasa bersama keluarga bukan?

Tetapi apakan daya, peraturan harus diikuti bagi mengekang wabak ini daripada terus merebak. Kemeriahan bulan Ramadan masih boleh diraikan mengikut cara masing-masing.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila telatah seorang ayah daripada Indonesia yang mengejut anaknya bangun sahur mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Semangat kejut anak bangun sahur pakai mikrofon

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki memasuki bilik anaknya untuk mengejut mereka bersahur.

Tetapi apa yang lebih melucukan adalah cara si ayah yang mengejut anak-anaknya bangun sahur dengan menggunakan mikrofon. 

Bukan itu saja, nada dan ucapan yang digunakan untuk mengejut mereka juga sangat menghiburkan. "Sahur.. sahur. Sahur..sahur". Video itu kemudian mendapat perhatian warganet di TikTok.

"Hahaha your father so cute" - Warganet

Dalam pada itu, tinjauan diruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat telatah si ayah tersebut.

Malah, ramai pula yang meluahkan rasa rindu mereka kepada ayah masing-masing. Ada juga yang cemburu melihat telatah keluarga itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 8.9M views, 1.5M likes dan 33.9K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alahai comel je dia ayah dia kejut sahur ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: