seismik

Lakonkan Semula ‘Alasan’ Mahu Rentas Negeri, Video Hafiz Mahamad Ini Jadi Bualan Netizen

Dapat relate.

Cover image via @hafizmahamad (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa saja yang tidak pernah mendengar atau kenal dengan Instafamous dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad kan?

Namanya sering menjadi perbualan di media sosial kerana sifatnya yang pemurah dan suka membantu orang. Malah, ada juga yang mahu menjadikan dia sebagai inspirasi mereka untuk berjaya.

Namun, lain pula dengan video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram mengenai alasan untuk merentas negeri yang telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuba lakonkan semula alasan-alasan yang sering diberi untuk rentas negeri

Menerusi video tersebut, kelihatan Hafiz Mahamad berkongsi beberapa alasan yang sering digunakan oleh orang ramai kepada pegawai polis untuk merentas negeri.

Seperti kita semua yang rindu untuk bersama dengan orang tersayang, dia juga memahami perasaan frontliner yang terpaksa berkorban masa dan tenaga mereka untuk mengekang wabak ini daripada terus menular.

Tidak ada niat untuk mempersendakan mana-mana pihak, dia hanya melakukan perkara tersebut sekadar hiburan saja. Ternyata video itu telah menerima ribuan komen oleh netizen.

"Mata masuk habuk bab rindu mak ayah" - Netizen

Dalam pada itu tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut meluahkan perasaan sedih mereka kerana tidak boleh merentas negeri.

Malah, ramai juga yang terhibur melihat gelagat Hafiz Mahamad itu kerana dapat relate dengan situasi yang sedang berlaku sekarang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 666K views, 99,637 likes dan 1,770 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Kalau takda alasan yang munasabah jangan merentas negeri okay guys! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: