seismik

[VIDEO] Ibu Lupa Bagi Tahu Jantina Anak, Budak Lelaki Ini Redha Salon Gunting Gaya 'Girl'

Kesian kau ya dik.

Cover image via @jieha_adon (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tinggal baki beberapa hari saja sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri

Walaupun tahun ini kita masih tidak dapat beraya di kampung halaman, tetapi sudah pasti pelbagai persiapan raya yang telah dilakukan bukan?

Meskipun kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa buah negeri, namun ia tidak menghalang kita daripada menyambut hari raya.

Antara salah satu perkara wajib terutama bagi kaum lelaki sebelum persiapan hari raya adalah dengan menggunting rambut mereka supaya nampak lebih kemas.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila kejadian si ibu yang membawa anak lelakinya ke salon gunting rambut mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jieha_adon

Bila kau bawak anak kau pergi salon tp tak inform jantina anak

Oh No - Kreepa

Ibu lupa bagi tahu anak adalah lelaki, orang salon pula ingat anak perempuan

Menerusi video tersebut, kelihatan si ibu berkongsi kisah lucunya semasa menghantar anak lelakinya untuk menggunting rambut sempena hari raya.

Tetapi setelah sampai di kedai itu, dia lupa memberitahu bahawa anaknya adalah seorang lelaki pada pekerja salon berkenaan. Ketika pekerja salon sedang menggunting rambut anaknya, dia mula berasa pelik melihat gaya potongan itu seperti gaya rambut perempuan.

Dia kemudian memberitahu mengenai jantina anaknya dan pekerja salon itu mula merasa terkejut kerana berfikir anaknya itu adalah perempuan. Kejadian itu membuatkan satu salon ketawa mendengarnya.

"Handsome and pretty at the same time" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terhibur melihat insiden terbabit.

Malah, ramai yang berpendapat wajahnya memang ada kelihatan seperti perempuan. Ada juga yang memuji kecantikan dan kekacakan kanak-kanak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 755.4K views, 71.1K likes dan 2,129 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Muka dia pun memang nampak redha habis weh. Alahai! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik