Varian Baharu COVID-19 PJ.2.1 Kini Dikesan Mula Merebak Di Beberapa Benua Seluruh Dunia

Kemunculan varian itu turut menimbulkan persoalan mengenai tahap bahayanya serta kemungkinan berlakunya satu lagi gelombang jangkitan COVID-19.

Cover ImageCover image via WHO & Astro Awani

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu varian baharu COVID-19 dikenali sebagai PJ.2.1 dilaporkan semakin merebak di beberapa benua selepas pertama kali dikesan di Kanada pada Mei 2026

Menurut laporan Berita Harian, varian berkenaan kini berada dalam pemantauan rapi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) susulan penularannya yang semakin meluas dari segi geografi.

Kemunculan varian itu turut menimbulkan persoalan mengenai tahap bahayanya serta kemungkinan berlakunya satu lagi gelombang jangkitan COVID-19.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Infection pada Oktober 2026, PJ.2.1 dikategorikan sebagai varian saltasi baharu (novel saltation variant)

Varian ini berkembang daripada varian terdahulu yang beredar sehingga Mei 2025 dan berasal daripada garis keturunan JN.1.

Pengarah Perubatan Dalaman Jupiter Hospital, Thane, Dr Amit Saraf berkata, PJ.2.1 mempunyai banyak mutasi pada protein pepaku (spike protein) serta keupayaan lebih tinggi untuk berinteraksi dengan reseptor ACE2.

Reseptor tersebut merupakan laluan yang digunakan virus untuk memasuki sel manusia.

SAYS.com
Image via WHOImage via

Difahamkan, eksperimen makmal turut menunjukkan varian itu mempunyai kecekapan lebih tinggi untuk memasuki beberapa jenis sel tertentu.

Walau bagaimanapun, kajian berkenaan tidak menemukan bukti bahawa PJ.2.1 mempunyai keupayaan jauh lebih tinggi untuk mengelak antibodi yang dihasilkan melalui tindak balas vaksin yang disesuaikan dengan varian tersebut.

"Perkara ini penting untuk dibezakan kerana varian yang merebak dengan lebih pantas tidak semestinya menyebabkan penyakit yang lebih teruk," katanya.

WHO memaklumkan bahawa gejala yang dikaitkan dengan varian PJ.2.1 hampir menyerupai selesema biasa atau influenza

Keadaan itu menyebabkan jangkitan berkenaan sukar dikenal pasti hanya berdasarkan gejala yang dialami seseorang.

Sehubungan itu, ujian diagnostik kekal sebagai kaedah paling tepat untuk membezakan jangkitan COVID-19 daripada jangkitan virus lain.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS