Anjung Syawal FRP 2027 Sasar 1.5 Juta Pengunjung Sepanjang 30 Hari Di Dataran Putrajaya

Dijadualkan berlangsung bermula 8 Februari hingga 9 Mac 2027 di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penganjuran Anjung Syawal bersempena Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2027 menyasarkan kehadiran seramai 1.5 juta pengunjung sepanjang tempoh 30 hari penganjurannya menerusi pelbagai penambahan tarikan baharu merangkumi sektor beli-belah, gastronomi, seni dan aktiviti kekeluargaan

Ketua Pegawai Eksekutif Puncak Niaga Maju Sdn. Bhd. (PNM), Muhamad Arif Omar menjelaskan bahawa sasaran optimistik tersebut diletakkan berdasarkan rekod pencapaian Anjung Syawal 2026 yang berjaya menarik seramai 1,386,452 pengunjung menerusi sistem pengiraan pengunjung rasmi.

Menurut beliau, edisi kali ini bakal mengetengahkan konsep bersepadu satu acara dengan menampilkan komponen tarikan utama seperti Gastro Seni dan Laman Iftar bagi membawakan pengalaman Ramadan yang lebih menyeluruh kepada masyarakat.

Anjung Syawal akan terus berperanan sebagai pusat tumpuan membeli-belah persiapan Aidilfitri dengan kehadiran pelbagai jenama popular dan vendor tempatan, manakala Gastro Seni menumpukan kepada seleksi makanan kreatif serta gaya hidup, disokong Laman Iftar yang menyediakan ruang berbuka puasa santai buat seisi keluarga.

SAYS.com

Festival Ramadan Putrajaya 2027 merupakan kali pertama Puncak Niaga Maju diberi tanggungjawab mengendalikan Gastro Seni yang sebelum ini dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Kelab Usahawan Putrajaya pada 2026.

Image via @anjungsyawal_official (Instagram)

Dijadualkan berlangsung bermula 8 Februari hingga 9 Mac 2027 di Dataran Putrajaya, Presint 3, acara berkenaan diadakan bersempena FRP 2027 iaitu program tahunan kali ke-15 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) yang mengangkat tema 'Seindah Ramadan, Harmoni Lebaran'

Sambutan terhadap penganjuran kali ini terbukti luar biasa apabila lebih 200 lot niaga Anjung Syawal habis ditempah dalam tempoh 24 jam selepas dibuka kepada umum.

Baki lot niaga yang masih ditawarkan ketika ini melibatkan kawasan tapak premium serta ruang khusus bagi jenama utama dan rakan penaja korporat.

Tahun 2027 turut melakar sejarah tersendiri apabila PNM diberi mandat mengendalikan segmen Gastro Seni, yang sebelum ini dianjurkan oleh PPj bersama Kelab Usahawan Putrajaya (KUPPutra) pada tahun 2026.

Bagi memeriahkan suasana sepanjang sebulan penganjuran, PNM menyediakan pelbagai aktiviti harian dan mingguan termasuk persembahan artis jemputan, alunan nasyid, program kebudayaan, sesi bertemu selebriti dan pempengaruh, serta aktiviti interaktif komuniti.

Muhamad Arif menambah, kedudukan strategik Putrajaya yang mempunyai jaringan akses mudah dari Cyberjaya, Bangi dan Kajang turut menjadi pemangkin utama untuk menarik kunjungan berulang sekali gus merancakkan pulangan ekonomi buat para peniaga yang mengambil bahagian.

SAYS.com

Anjung Syawal 2026 di Putrajaya merekodkan sebanyak 1,386,452 kunjungan melalui sistem pengiraan pengunjung.

Image via @anjungsyawal_official (Instagram)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS