Miliki Aset 14 Rumah Sewa, Lelaki Dari China Ini Ambil Keputusan Pencen Pada Usia 30 Tahun
Difahamkan, daripada 14 unit yang dibeli, 11 unit telah disewakan kepada orang.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki dari China kini telah bersara pada umur 30 tahun kerana pendapatannya kini mampu menampung seluruh kehidupannya
Dilaporkan oleh South China Morning Post, perkara ini berikutan tindakan lelaki itu membeli 14 rumah pangsa lama yang mampu menjana pendapatan sewa tahunan kira-kira 210,000 yuan (RM128,543).
Berasal daripada Jilin di timur laut China, Fan Junjie telah membelanjakan lebih 2 juta yuan (kira-kira RM1.2 juta) untuk membeli hartanah itu dalam tempoh dua tahun bermula 2023.
Dia telah berpindah ke Changsha untuk bekerja dalam bidang jualan penjagaan kesihatan internet, tetapi terpaksa mengharungi jadual kerja yang sangat memenatkan iaitu 18 jam sehari.
Fan ketika itu melihat rumah flat di pusat bandar Changsha sebagai satu pelaburan yang sangat berbaloi kerana sebahagiannya boleh dibeli dengan harga serendah 300,000 yuan (RM183,633) termasuk kos pengubahsuaian.

Fan mendapati rumah di Changsha terlalu murah berbanding tempat lain pada ketika itu.
Image via South China Morning PostDaripada 14 unit yang dibeli, 11 disewakan kepada orang
Difahamkan, daripada 14 unit yang dibeli, Fan telah menyewakan 11 unit kepada orang.
Untuk rumah flat yang paling murah berharga 150,000 yuan (RM91,816) dia telah menyewakan rumah pada kadar 1,700 yuan (RM1,040) sebulan manakala unit paling mahal telah menelan kos 310,000 (RM189,754) dan disewakan pada kadar 2,200 yuan (RM1,346) sebulan.
Fan telah membeli hartanah berhampiran Hospital Xiangya dan menyeragamkan pengubahsuaian semua flat miliknya dan menyimpan alat ganti bagi memudahkan kerja penyelenggaraan.

Unit flat paling murah milik Fan.
Image via QQ.comMenurut Fan, menguruskan hartanah sewaan bukan satu perkara mudah kerana kos ejen, cukai, pembaikan dan urusan penyewa yang mengurangkan keuntungan termasuk kejatuhan harga hartanah.
Dia mengatakan dia tidak akan membeli hartanah lagi kerana berpendapat tempoh terbaik untuk pelaburan itu sudah lepas.
Sebaliknya, wang keuntungan akan digunakan untuk dana dividen dan saham berdividen tinggi bagi menggantikan pendapatan sewa dengan hasil pelaburan yang diterima secara berkala.
Kisah Fan ini telah menarik perhatian lebih 200 juta tontonan di media sosial China.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via