seismik

Pengguna Boleh Pilih Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera Tidak Lama Lagi

Pihak kerajaan sedang meneliti penambahbaikan kepada aplikasi tersebut.

Cover image via Reuters & Malay Mail

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Orang ramai berkemungkinan boleh memilih untuk menerima vaksin Covid-19 yang dikehendaki menerusi satu bentuk kemudahan yang akan dibuat di aplikasi MySejahtera dalam masa yang terdekat

Menurut sumber, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya kini sedang meneliti perkara tersebut untuk penambahbaikan kepada aplikasi berkenaan.

Umum mengetahui, baru-baru ini kerajaan telah membuka slot tempahan vaksin untuk mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas. Difahamkan perkara ini mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, sehinggakan ada juga yang tidak berjaya untuk menempah slot temu janji.

Lantas dengan itu, mereka berkongsi masalah yang dihadapi ketika mendaftar di website dan aplikasi MySejahtera.

Banyak vaksin akan diterima dalam masa terdekat

Tambah beliau lagi, sejumlah 2,223,000 dos vaksin Pfizer akan diterima pada bulan Jun dengan sebanyak 444,600 dos akan dihantar setiap minggu bagi tempoh lima minggu. Ini membuatkan keseluruhan vaksin Pfizer yang telah diterima sehingga akhir Jun ialah 4,974,840.

Manakala bagi vaksin Sinovac pula, kesemua tempahan melibatkan 12 juta dos akan dihantar sepenuhnya pada bulan Jun dan Julai.

Sementara itu, vaksin AstraZeneca pula dijangka menerima 610,000 dos pada bulan Jun dan 410,000 dos pada bulan Julai yang mana ia masih tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Beliau memberitahu pihaknya kini menjangkakan dapat memberi 150,000 suntikan sehari pada bulan Jun nanti dengan melibatkan lebih banyak pusat pemberian vaksin di seluruh negara.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Inside Higher Ed

Panduan Pendaftaran Program Vaksinasi Melalui Aplikasi MySejahtera

Orang ramai yang belum mendaftar vaksin boleh melakukan segera di aplikasi MySejahtera seperti di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: