Kongsi Makeup Bertema Lontong, Netizen Puji Bakat Wanita Ini. Kreatif!
Lain daripada yang lain ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila sebut saja makanan untuk hari raya, pasti macam-macam yang kita bayangkan bukan?
Antara makanan yang famous adalah ketupat, rendang, kuih almond london, lontong dan banyak lagi yang sudah terbayang.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila solekan seorang wanita mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat solekan bertemakan lontong sempena hari raya
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita yang dikenali sebagai Faara sedang melakukan solekan bertemakan makanan popular di hari raya iaitu lontong.
Difahamkan, dia bukanlah bekerja sebagai make up artis (MUA), tetapi dia melakukan itu semua hanya sekadar suka-suka dan minat saja.
Dia juga memilih lontong kerana ia merupakan makanan kegemarannya di pagi raya. Namun disebabkan PKP, dia tidak dapat pulang ke kampung untuk rasa makanan tersebut. Oleh itu, dia melepaskan kempunannya menerusi hasil solekan. Sangat kreatif!
Lihat video penuh disebalik tabir solekan itu di bawah:
"5 kali tengok baru perasan tu muka, hebat lah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji dan kagum dengan bakat yang ditonjolkan oleh wanita itu kerana ia bukanlah satu solekan yang mudah untuk dihasilkan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 149.5K views, 7,985 likes dan 171 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: