seismik

Seronok Lambai Mat Motor Tak Kenal Dekat Jalan, Last-Last Terjumpa Balik. Lawak!

Mesti awkward gila rasa kan.

Cover image via @tenn819 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita tahu, jalan raya merupakan tempat yang menghubungkan kita ke sesuatu kawasan yang ingin dituju menggunakan kenderaan

Jalan raya digunakan bagi kenderaan seperti motosikal, kereta dan ada juga laluan khas bagi penunggang basikal.

Sudah tentu sebagai pengguna jalan raya, pelbagai ragam dan perangai yang kita boleh lihat daripada mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis selamba melambai seorang penunggang motosikal mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba lambai mat motor tak kenal, akhirnya malu terjumpa balik

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu menceritakan dia telah melambai tangan pada seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali dengan niat bergurau.

Tetapi tidak lama selepas itu, mereka terjumpa kembali di sebuah lampu isyarat yang sama. Apa yang lebih menghiburkan adalah, lelaki itu betul-betul berhenti di sebelah kereta gadis berkenaan.

Kejadian itu membuatkan gadis itu tidak dapat menahan malu dan dia bersama rakannya hanya mampu ketawa. Malah, rakannya itu sengaja mengusik gadis tersebut dengan menurunkan tingkap keretanya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Muka dia kecewa nampak lelaki sebelah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka seperti kejadian itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 103.7K likes dan 997 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok sangat sakat orang, tengok kan dah termalu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: