seismik

[VIDEO] Sakan Berjoget Masa Tengah Memandu, Sekali Kereta Pula Terbabas Masuk Dalam Air

Itulah seronok sangat!

Cover image via @sahabatsurga (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah menjadi seperti kebiasaan sesetengah orang suka menyanyi ketika memandu kan?

Tambahan lagi bila keluar pula lagu kegemaran di radio, memang automatik akan menyanyi bersama. Malah, ada yang sampai menghayati setiap lirik lagu itu walaupun sedang memandu.

Sama seperti video yang tular di Instagram baru-baru ini apabila dua orang lelaki sedang asyik berjoget di dalam kereta mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak pasal-pasal kereta masuk dalam air sebab seronok berjoget

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki berada di dalam kereta sambil berjoget mendengar lagu di radio.

Tetapi, tidak lama selepas itu di akhir video memaparkan mereka mengalami insiden yang melucukan padah kerana tidak fokus ketika memandu.

Rupa-rupanya kereta yang mereka pandu terbabas sehingga menyebabkan ia termasuk ke dalam air. Mujur saja mereka sempat diselamatkan dengan bantuan penduduk di situ. Dia juga memesan agar jangan terlalu melakukan perkara seronok ketika memandu.

"Nak ketawa tapi takut dosa" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah, mereka mengingati agar sentiasa membaca doa dan memandu dengan berhati-hati ketika memandu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 261K views, 29,562 likes dan 1,085 comments di Instagram.

Berikut di bawah adalah antara komen netizen di Instagram:

Korang masa memandu jangan seronok sangat okay, takut jadi macam ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: