Remaja Minta Tolong Rakam Video Untuk Assignment, Tapi Si Ibu Pula Selamba 'Pecah Lubang'
Mak dia win betul.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, kita semua sekarang berada dalam sekatan pergerakan penuh atau total lockdown kerana kes positif Covid-19 yang semakin meningkat
Demi menjaga keselamatan dan ingin memutuskan rantaian wabak ini, kerajaan telah menasihatkan agar semua orang kekal berada di rumah.
Disebabkan itu, semua aktiviti kini perlu dilakukan secara online saja. Hal ini termasuklah bagi para pelajar yang terpaksa mengikuti pembelajaran mereka secara online. Sudah tentu pelbagai ragam mereka yang boleh dilihat menerusi perkongsian melalui media sosial.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila reaksi si ibu menjadi lain semasa si anak ingin melakukan kerja untuk assignment mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Buat video untuk assignment sampai terpaksa tipu, tapi ibu pula tak puas hati
Menerusi video tersebut, remaja lelaki yang dikenali sebagai Ilham itu sedang sibuk membuat assingment dengan merakam sebuah video pendek bersama ibunya.
Di dalam video itu, dia sedang khusyuk bercerita tentang rutin hariannya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Namun dengan tidak semena-mena, si ibu yang tidak tahan dengan 'penipuan' anaknya itu terus membocorkan rahsia dengan memberitahu perkara sebenar. Wanita itu malah memberitahu dia tidak mahu bersubahat dengan 'penipuan' anaknya untuk melakukan video berkenaan.
Kejadian itu membuatkan Ilham tergelak dengan reaksi yang diberikan ibunya. Dia kemudian memujuk ibunya agar menolongnya melakukan video itu kerana perlu disiapkan pada hari sama.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Kenapa mak dia vibes macam cikgu sekolah" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat anak beranak itu.
Malah, ramai yang memuji tindakan tegas si ibu kerana memberitahu perkara yang betul. Ada juga yang berpendapat ibunya itu tidak ubah seperti seorang guru di sekolah.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 321.3K views, 52.3K likes dan 1,687 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: