seismik

"Siap Jeling" - Giliran Cik B Pula Kongsi Rutin Harian Sampai Mama Juga Terkejut Dengar

Mama dia pun speechless dengar.

Cover image via @HavocCikb (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Trend berkongsi video rutin harian kini dapat dilihat merata di laman sosial

Kebanyakannya adalah daripada pelajar yang perlu menyiapkan assignment mereka dengan merakam sebuah video bersama ibu bapa mereka.

Perkara itu juga turut menarik perhatian anak usahawan terkenal iaitu Dato Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B. Baru-baru ini, dia berkongsi video rutin hariannya di laman Twitter sambil dilihat oleh mamanya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sengaja tipu rutin harian nak lihat reaksi mama

Menerusi video tersebut, kelihatan Cik B sedang berkongsi rutin hariannya sepanjang PKP sambil dilihat oleh mamanya di sebelah.

Namun sampai saja dipertengahan perkongsian itu, mama dilihat seperti menjeling kerana terkejut mendengar penipuan anaknya itu.

Dia malah membocorkan semua perkara dan berkata "dengar boleh, percaya jangan" yang membuatkan Cik B turut tergelak mendengarnya. Difahamkan, Cik B sengaja bercakap bohong dalam video terbabit untuk melihat bagaimana reaksi mamanya itu.

"Dengar Dato Seri Vida gelak kita pun terasa nak gelak sekali" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak beranak itu. Malah, ramai yang suka melihat aksi spontan Dato Seri Vida selepas mendengar penipuan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 144K views, 5,562 retweets dan 9,038 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Berani ya Cik B tipu depan mama, kan dah kantoi semua :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: