seismik

[VIDEO] Geng Pelajar Ini Kongsi Suasana Belajar 'Kelas Berenang' Online Buat Ramai Kagum

Meriah satu bilik.

Cover image via @abdulmuhaimin_esw (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, kini kita digalakkan melakukan semua perkara termasuk sesi pembelajaran dengan menerusi online saja

Hal ini tidak terkecuali dengan pelajar yang terpaksa mengikuti pengajian mereka secara online untuk mengekang jangkitan wabak berbahaya ini.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sekumpulan pelajar berkongsi suasana bagaimana mereka mengikuti kelas secara online mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@abdulmuhaimin_esw

ODL’s things.. Kelas fizikal tapi di”onlinekan” . Terimalah dari kami student pendidikan pjk. ##uitm ##uitmpuncakalam ##fyp

original sound - Abdul Muhaimin

Kongsi suasana ikuti kelas berenang secara online

Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang pelajar lelaki sedang bersiap sedia untuk mengikuti kelas berenang secara online.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila mereka semua kelihatan memakai pakaian lengkap berserta peralatan untuk berenang.

Bukan itu saja, mereka juga malah siap melakonkan gaya berenang dengan baring di atas katil dan lantai saja. Kesungguhan mereka itu ternyata telah membuat ramai kagum.

"Buat dengan kawan-kawan macam ni seronok! Cuba kalau dekat rumah seorang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat mereka itu. Malah, ada juga yang baru tahu bagaimana suasana apabila kelas berenang dijalankan secara online.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 204.6K views, 27.8K likes dan 1,652 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je tengok dorang semua berenang walaupun bukan betul-betul ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: