seismik

[VIDEO] Cuak Jumpa Tikus Dalam Rumah, Aksi Geng Lelaki Ini Halau Guna Penyapu Bikin Dekah

Macam Mission impossible!

Cover image via @ajadshidee (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita pasti mempunyai rasa takut atau geli pada sesuatu haiwan bukan?

Contohnya seperti lipas, cicak dan tikus, haiwan ini sering dilihat berada di dalam rumah. Tambahan lagi tikus kerana ia pasti agak susah untuk dihalau atau dibunuh kerana pergerakan mereka yang sangat pantas.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sekumpulan lelaki cuba menghalau tikus yang berada di dalam rumah mereka telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ajadshidee

cubaan ambush siti kus yang dah sebulan merampok dapur kitorang. ##fyp ##fypp ##fypforyou

Mission Impossible Theme (Movie Trailer Mix) - Dominik Hauser

Geram nak pukul tikus banyak kali sampai terjerit-jerit

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki dilihat sedang cuba menghalau seekor tikus yang berada di dalam rumah mereka.

Pelbagai jenis cara pukulan yang dilakukan oleh mereka untuk membunuh haiwan tersebut kerana ia agak sukar untuk mati. Malah, salah seorangnya dilihat sehingga berkali-kali memukul tikus itu menggunakan penyapu lidi dengan pelbagai gaya yang dilakukan.

Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah dia merasa marah sehingga menjerit seperti perempuan ketika hendak membunuh tikus berkenaan. Aksi itu membuatkan beberapa rakannya yang lain tergelak walaupun mereka masing-masing sedang melakukan perkara sama membunuh tikus tersebut.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@ajadshidee

kitorang minta maaf. Tak semua makhluk kita kena simpan.##fyp ##covid19 ##funnyvideos

original sound - ajadshidee

"Aku risau kain dia terbonjot" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi geng lelaki itu membunuh tikus. Malah, ramai yang lebih memerhatikan rakannya itu yang bersungguh-sungguh untuk membunuh haiwan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 148.8K likes dan 8,592 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikToik:

Dia punya bersungguh-sungguh nak bunuh tikus tu buat kita terhibur! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: