seismik

[VIDEO] Reaksi Oyen Tak Bergerak Masa Dengar Lagu Negaraku Curi Tumpuan Ramai. Comel!

Yang lagi seekor tu dah kenapa? Lawak!

Cover image via @suefarahanis (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ada di antara anda yang pernah melihat telatah dan gelagat kucing berwarna oren di media sosial bukan?

Kebiasaannya kucing berwarna oren ini dikenali sebagai Oyen kerana mereka sangat popular di antara kucing-kucing lain disebabkan gelagat mereka yang nakal.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila reaksi Oyen mendengar lagu Negaraku telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@suefarahanis

TEMPOH LOCKDOWN NI, OYEN YANG JAGA KAWASAN. JGN MAIN2 EH.OYEN BEKAS TENTERA BULU TAU! ##fyp ##fypdongggggggg ##viral ##oyen ##fyp

Negaraku - Soutul Amal

Terus tak bergerak masa lagu Negaraku dimainkan

Menerusi video tersebut, kelihatan terdapat tiga ekor kucing di dalam sebuah rumah dan dua daripadanya adalah berwarna oren atau dikenali sebagai Oyen.

Semasa sedang berjalan, seekor Oyen dilihat berhenti berjalan secara tiba-tiba kerana mendengar lagu Negaraku di televisyen.

Malah, apa yang lebih menghiburkan adalah salah seekor Oyen lagi dilihat berada di dalam bakul yang juga memberi reaksi sama dengan tidak bergerak ketika mendengar lagu Negaraku.

"Dalam fikiran Oyen jangan gerak nanti kena tangkap" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kucing tersebut. Malah, ada yang meluahkan rasa bangga mereka melihat Oyen kerana hormat pada lagu Negaraku.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 289.3K views, 44.8K likes dan 997 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagus Oyen kali ni tak buat hal pun, siap hormat lagu Negaraku lagi :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: