seismik

[VIDEO] Lebih 21 Juta Tontonan Di TikTok, Kucing Tiru Suara Tuan Gelak Ini Curi Tumpuan

Bijak kau Oyen.

Cover image via @maseplace (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mempunyai kucing sememangnya dapat menghilangkan rasa bosan kita, tambahan lagi jika duduk berseorangan

Namun, pasti anda sudah biasa dengar atau lihat kucing berwarna oren atau selalunya dipanggil Oyen. Gelagatnya yang lucu sering kali dilihat di media sosial.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila Oyen sekali lagi menarik perhatian ramai apabila dia melakukan perkara diluar jangkaan bersama pemiliknya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak sangka Oyen bijak cuba tiru gelak pemiliknya

Menerusi video tersebut, seorang lelaki dilihat bersama kucingnya iaitu Oyen. Lelaki itu kemudian cuba mengajar kucingnya untuk gelak bersamanya.

Apa yang lebih melucukan adalah setiap kali pemiliknya itu gelak, si comel itu turut gelak sekali sama seperti pemiliknya.

Lelaki itu kemudian hanya tergelak kecil melihat reaksi yang dilakukan oleh kucingnya itu kerana dia sendiri tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku.

"Hello? Where can I get a cat like that" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat gelagat si comel itu yang bijak untuk meniru gelak pemiliknya.

Malah, ramai juga yang mahu mengajar kucing mereka untuk melakukan perkara yang sama nanti.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 22.5M views, 7M likes dan 66K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comel je dia ikut balik gelak tuan dia tu ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: