seismik

Cara 2 Ekor Lebah Ini Bekerjasama Buka Penutup Botol Curi Perhatian Ramai. Menakjubkan!

Wow hebat!

Cover image via Daily Mail

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pernahkah anda melihat haiwan atau serangga melakukan aksi di luar jangkaan anda?

Perkara itu jarang sekali dapat kita lihat kerana ianya bukanlah biasa berlaku. Namun, baru-baru ini rakaman mengenai dua ekor lebah telah mencuri tumpuan ramai kerana aksi mereka.

Aksi berkenaan telah membuatkan ramai kagum dan tidak percaya akan kerjasama dua ekor serangga ini yang membuka penutup botol.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bekerjasama cuba buka penutup botol air

Menerusi video tersebut, kelihatan dua ekor lebah itu sedang berada di sisi penutup botol air Fanta berkenaan sebelum mereka membuka dengan memusingkannya bersama.

Menurut sumber, video berkenaan telah diambil di Sao Paulo, Brazil. Rakaman tersebut telah menarik perhatian ramai dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Malah, dalam satu kajian di University Havard pada 2018 telah mendedahkan bagaimana sekumpulan lebah boleh bersatu dan bergerak serentak ketika membawa sarang mereka.

Image via Daily Mail
Image via Daily Mail

Wow! Jarang-jarang nak dapat tengok perkara macam ni kan :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: