[VIDEO] Gadis Ini Cuba 'Challenge' Di TikTok, Tapi Hasil Lukisannya Pula Bikin Dekah
Lain betul jadinya tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pelbagai challenge yang kita boleh lihat di media sosial mendapat sambutan hangat terutamanya dalam kalangan anak muda zaman sekarang
Challenge ini kebiasaannya dilakukan untuk membuktikan yang seseorang itu boleh melakukannya walaupun dalam keadaan susah.
Tetapi, kadang kala challenge yang dilakukan agak membahayakan. Bukan itu saja, ada juga challenge yang menghiburkan.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis mencabar dirinya dengan melakukan satu challenge menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sahut cabaran melukis menggunakan filter yang memeningkan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang cuba untuk melakukan challenge yang sedang hangat di TikTok.
Difahamkan, dia perlu menyambung titik-titik atas kertas tersebut untuk menghasilkan lukisan berbentuk segi empat sama.
Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila dia dilihat perlu menggunakan filter yang sangat memeningkan dan menggelirukan semasa menyambung titik-titik tersebut. Di akhir video pula kedengaran dia sendiri terkejut melihat hasil lukisan yang dilakukannya kerana sangat melucukan.
"Dia dengan tangan tak sepakat" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terhibur melihat lukisan gadis tersebut.
Malah, ramai yang memberikan pendapat mereka mengenai hasil lukisan tersebut. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama melakukan challenge itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.8M views, 203.1K likes dan 2,993 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: