seismik

Fasih Berborak Dalam Bahasa Korea, Tiga Rakyat Malaysia Ini Buat Ramai Kagum. Wow!

Suka dengar mereka berborak.

Cover image via @hellohilmi173 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Trend K-pop sekarang sangat popular di Malaysia. Bukan saja daripada selebriti mereka tetapi drama, lagu dan sebagainya.

Tidak dinafikan, demam K-pop memang telah menarik perhatian dunia terutama dalam golongan anak muda. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang sehingga sanggup belajar bahasa Korea sendiri kerana meminati negara tersebut.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila tiga rakyat Malaysia berborak dalam bahasa Korea ini mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@hellohilmi173

3 Malaysians Speaking Korean. On YouTube tonight (11 May 2021, 9PM MYT) @nuraezzatie @ipaipanie

original sound - Hello Hilmi

Fasih berborak penuh dalam bahasa Korea saja

Menerusi video tersebut, kelihatan tiga rakyat Malaysia sedang memperkenalkan diri mereka masing-masing dalam bahasa Korea.

Bukan itu saja, mereka juga dilihat berbual sesama sendiri dengan hanya menggunakan bahasa berkenaan dengan begitu lancar sekali.

Difahamkan mereka sedang membuat rakaman untuk diletakkan di dalam YouTube salah seorang daripadanya. 

Lihat video penuh itu di bawah:

"Seronoknya boleh borak bahasa Korea" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat kebolehan mereka bercakap dalam bahasa tersebut. Malah, ada juga yang teringin untuk belajar dan fasih seperti mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 121.5K views, 13.9K likes dan 189 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Best sebenarnya dapat bercakap dalam bahasa lain ni, macam satu keistimewaan :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: