seismik

[VIDEO] Gelagat Kucing Ini Nak Termuntah 'Bau Udang' Buat Ramai Terhibur. Comel!

Dua kali tu dia nak termuntah.

Cover image via @HaroonSidat (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda mempunyai kucing pasti anda pernah melihat pelbagai ragam dan telatah dari si comel ini bukan?

Tambahan pula jika anda tinggal berseorangan, kucing boleh jadi peneman malah boleh menghiburkan hati kita dari berasa sunyi.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila gelagat seekor kucing menghidu udang mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tuan bagi kucing bau udang sampai nak termuntah

Menerusi video tersebut, kelihatan seekor kucing tersebut sedang diberikan seekor udang oleh tuannya.

Dia kemudian menghidunya dan memberikan reaksi yang menghiburkan. Kucing berkenaan dilihat seperti mahu muntah sebaik saja menghidu udang tersebut.

Bukan sekali dia seakan mahu muntah, tetapi dua kali dia memberi reaksi sebegitu. Perkara itu membuatkan tuannya ketawa melihat gelagat kucing miliknya itu.

"Me when i saw zionist TikTokers and tweet pretending to be the victim" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kucing tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 919.3K views, 10.3K retweets dan 33.8K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Alahai, sampai nak termuntah ya meow bau udang punya pasal :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik