"Best Jadi Perempuan, Binatang Pun Tunduk" - Kucing Ini Turut Perintah Lepas Kena Marah
Dia patah balik pula tu.
Kucing merupakan salah satu haiwan yang mempunyai sifat manja dan sangat jinak
Bukan saja comel, tetapi telatahnya juga sering menghiburkan dan mencuit hati.
Sifat kucing kebiasaannya suka bersendiri. Namun, dia akan mula menunjukkan perhatian dengan menjadi sangat manja.
Lain pula dengan video perkongsian yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seekor kucing seolah-olah memahami kata-kata tuannya selepas dimarahi kerana ingin berjalan keluar rumah.
Terus masuk balik rumah lepas kena marah oleh tuan
Menerusi video tersebut, kelihatan pada mulanya kucing berkenaan mahu berjalan keluar sehingga ke luar rumah.
Namun, semasa dia ingin berjalan keluar dia dimarahi oleh tuannya yang tidak membenarkan untuk keluar dan menyuruhnya untuk masuk semula ke dalam rumah.
“Nak pergi mana tu? Masuk! Masukkk! Masuk rumah. Mommy cakap masuk rumah sekarang. Masuk," katanya.
Apa yang lebih melucukan kucing berkenaan seperti menurut perintah dan terus berpatah balik masuk rumah.
"See kucing boleh faham apa kita cakap" - Netizen
Dalam pada itu, ternyata video perkongsian tersebut telah membuatkan ramai terhibur melihat haiwan berkenaan dan turut terkejut dengan reaksi kucing itu.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 180.5K views, 10.5K retweets dan 12.7K likes.