seismik

[VIDEO] Lebih 495K Views, Cara Kucing Ini Tiru Balik Perkataan Tuan Tarik Perhatian Ramai

Pandai pula dia ikut tu.

Cover image via @akkodha.music (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat comel dan manja

Jadi, tidak hairanlah kalau dekat setiap rumah memang wajib bela haiwan ini. Tambahan lagi dengan telatah dan gelagat mereka yang pasti akan membuat kita geram.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila cara seekor kucing meniru balik ayat daripada tuannya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuba tiru balik perkataan yang tuan sebut

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang lelaki seakan seperti sedang berborak bersama seekor kucing peliharaannya.

Di dalam video itu, ia menunjukkan si tuan sambil berjalan menyebut perkataan "ok..ok..ok" berulang kali kepada si kucing.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah kucing berkenaan turut menyahut tuannya dengan berkata perkataan sama iaitu "ok". Gelagatnya itu membuatkan si tuan tergelak kecil mendengar suara si comel itu.

"Me when I don't know how to end a conversation" - Warganet

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terhibur melihat telatah kucing tersebut. Malah, ramai yang kagum dengan si comel itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 496.3K views, 142.4K likes dan 1,425 comments di Tiktok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comel je cik meow tu borak dengan tuan dia ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: