seismik

"Kumpulan Marhaban" - Tak Cukup 1, Lelaki Ini Beli Sampai 12 Dancing Cactus Buat Hiburan

Tu dia, sekali 12 terus dia beli.

Cover image via @fayadgojez (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai yang tahu tentang mainan viral terbaru di TikTok yang menjadi kegilaan ramai sekarang iaitu dancing cactus

Mainan itu merupakan sebuah pokok cactus yang boleh menari dan merekod suara kita apabila bercakap.

Malah, ia juga mempunyai lebih 100 buah lagu di dalamnya dan mengeluarkan lampu berwarna-warni. Disebabkan itu, ramai yang mahu memilikinya kerana ia dapat menghiburkan hati mereka.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki membeli mainan tersebut sehingga 12 cactus telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fayadgojez

Tiada kawan? Tak ada masalah, cactus ada ##fyp ##fyp

Kucu Kuca - Chorus - Lia Aziz

Suruh netizen teka berapa banyak dancing cactus yang dibeli

Menerusi video tersebut, seorang lelaki berkongsi tentang keterujaannya setelah membeli mainan viral itu yang menjadi kegilaan ramai.

Dia kemudian menyuruh agar followersnya meneka berapa banyak mainan dancing cactus yang dibelinya memandangkan ditangannya hanya ada satu saja.

Malah, apa yang lebih mengejutkan adalah dia menunjukkan sebanyak 12 mainan dancing cactus yang dibelinya buat hiburan diri sendiri. Dia juga dilihat bercakap dengan mainan berkenaan yang kemudiannya semua cactus itu menjawab dengan serentak.

"Macam bunyi budak-budak datang raya" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat koleksi mainan yang dibelinya. Malah, ada yang meluahkan rasa takut mereka dengan mainan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 512.1K views, 41.4K likes dan 4,174 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Banyaknya dia borong cactus tu, memang boleh buat konsert ni :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik