seismik

[VIDEO] Baru Acah Nak Kutip Hutang, Sekali Mak Ungkit Semua Sejak Dari Lahir. Lawak!

Habis semua mak dia cerita!

Cover image via @niayien (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita semua tahu, pengorbanan seorang ibu amatlah besar sehingga kita tidak boleh membalasnya dengan wang ringgit

Dialah yang mengandungkan kita selama sembila bulan dan sanggup menahan sakit demi melahirkan kita ke dunia ini. Begitu juga dengan ayah yang telah menjaga dan mendidik kita sejak dari kecil.

Pasti kita akan lakukan apa saja untuk melihat mereka gembira walaupun dalam hal yang kecil. Mereka sama sekali tidak pernah berkira dengan kita.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang gadis cuba mengutip hutang daripada ibunya menimbul dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru nak minta hutang daripada ibu sekali kena membebel

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang meminta hutang daripadanya ibunya kerana membeli sesuatu menggunakan duitnya.

Namun, tidak lama selepas itu si ibu terus membebel dengan mengungkit semua 'hutang' daripadanya sejak dia melahirkannya. Malah, si ibu menceritakan semua perbelanjaan dan barang-barang yang gadis itu inginkan.

Perkara itu membuatkan si anak tergelak mendengar semua dan terdiam apabila diceritakan semua perbelanjaan yang si ibu berikan buat dirinya.

"Hahaha kena bayar balik, sporting mak dia" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat anak beranak itu. Malah, ramai yang boleh relate situasi meminta hutang itu daripada ibu bapa mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3M views, 410.4K likes dan 3,737 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amik kau, sekali dari lahir mak dia cerita ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: