"True Sis!" - Malas Nak Berkawan Dengan Perempuan, Wanita Ini Luah Rasa Geram Kenapa
Kalau dah busuk hati tu memang susah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ada di antara anda di sini yang pernah terasa atau sakit hati dengan kawan sendiri bukan?
Tidak kisahlah kawan yang sangat rapat ataupun tidak, kadangkala percakapan mereka juga boleh mengguris hati kita jika tidak kena dengan tempat.
Tambahan lagi kalau kawan kita itu memang sudah lama kenal dan sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Pasti sukar untuk dilupakan, baik bagi perempuan atau lelaki.
Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita meluah rasa geramnya mengapa dia tidak begitu suka berkawan dengan kaum perempuan mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Bengang kawan suka jaja cerita memburukkan dirinya
Menerusi video tersebut, wanita itu meluahkan rasa geram kepada kawan yang tidak dikenali tentang mengapa dia tidak berapa suka berkawan dengan kaum perempuan.
Dia memberitahu yang kawan perempuan itu menjaja pelbagai cerita tidak benar kepada orang lain yang telah memburukkan namanya walaupun dia sudah berkawan lama.
Malah, dia menegaskan mengapa kawannya itu suka cari salah orang lain daripada mencari salah diri sendiri.
"Aku lebih rela kawan dengan jantan, perempuan banyak hati busuk"
"Daripada kita dapat kawan macam haram, lebih baik kita kecilkan circle kita", katanya.
"Kawan-kawan toxic semakin ramai" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersetuju dengan apa yang diberitahunya itu. Malah, ada juga yang merasa perkara sama ditikam belakang oleh kawan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 163.8K likes dan 5,921 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: