Tular Video Isu Pasal Bab Kahwin, Cara Lelaki 'Sekolahkan' Netizen Ini Dapat Pujian Ramai
100% setuju!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap orang pasti mempunyai impian berkahwin dengan orang yang mereka dicintai
Tetapi, jodoh telah diaturkan oleh Allah SWT untuk kita semua. Sudah pasti beberapa persiapan perlu disediakan sebelum berkahwin. Tambahan lagi bagi kaum lelaki, ada beberapa hal penting mereka perlu sediakan untuk bakal isteri.
Baru-baru ini tular satu video seorang wanita memberitahu hak sebagai seorang perempuan sebelum dia mahu menikahi seseorang. Namun, terdapat komen yang telah menarik perhatiannya membuatkan dia memberi penjelasan mengenainya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lelaki ini tampil memberikan pandangan mengenai video berkenaan
Perkara itu telah menarik perhatian seorang lelaki bernama Adam Fitri yang kemudian memberikan padangannya mengenai isu tersebut.
Menerusi video tersebut, lelaki itu memberitahu apa yang sudah dia belajar dan lihat, seorang lelaki itu memang wajib menyediakan tempat tinggal dan pakaian untuk bakal isteri mereka.
Menurutnya, kebanyakan perempuan bertanya mengenai tempat tinggal adalah untuk memastikan tempat mereka akan tinggal selepas berkahwin. Baginya itu adalah soalan yang mudah untuk dijawab daripada si lelaki.
"Common senselah perempuan tu tanya ada tempat tinggal ke tak, tak kisahlah sewa atau beli, dia just nak tahu ada ke tempat untuk korang nak tinggal"
"Kenapa soalan yang simple macam tu dipanjang-panjangkan", katanya.
Lihat video penuh itu di bawah:
"Pemikiran lelaki begini yang kita mahukan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji cara lelaki itu memberikan pandangannya mengenai isu tersebut. Malah, ramai yang bersetuju dengan jawapan yang diberikannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 67.9K views, 9,398 likes dan 610 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: