seismik

[VIDEO] Lancar & Fasih Berbahasa Melayu, Kedutaan Besar Amerika Syarikat Ini Curi Tumpuan

Smooth je dia cakap tu.

Cover image via @brandconsultant (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, setiap negara mempunyai kedutaan besar mereka yang berada di negara kita untuk membincangkan pelbagai isu dan masalah bersama

Sebagai contoh, kedutaan Amerika Syarikat yang mewakili kerajaan dan rakyat Amerika Syarikat. Mereka melindungi dan mempromosikan Amerika Syarikat, termasuk keselamatan dan kebajikan warga Amerika Syarikat di Malaysia.

Malah, mereka juga akan mempromosikan pertukaran pendidikan dan budaya di Malaysia melalui program perkongsian termasuk keamanan dan alam sekitar.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila seorang lelaki berkongsi kefasihan duta besar Amerika Syarikat ke Malaysia ini yang menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Fasih berbahasa Melayu ketika memberikan ucapan menerusi sebuah video

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan beliau sedang memberikan sedikit ucapan penerangan mengenai Covid-19 di Malaysia.

Jelasnya, pihak Amerika Syarikat akan membantu rakyat Malaysia dalam peperangan Covid-19 dengan memberikan bantuan tambahan daripada kedutaan Amerika Syarikat kepada Malaysia. Malah, beliau juga akan menyumbangkan lagi dos vaksin tambahan buat warga Malaysia.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah kefasihannya dalam berbahasa Melayu tanpa sebarang kesilapan. Beliau dilihat sangat yakin dan sangat bersahaja semasa bercakap dalam Bahasa Melayu.

Untuk pengetahuan, beliau sebelum ini pernah dihantar bertugas sebagai seorang diplomat di beberapa buah negara termasuk Indonesia, Iraq dan Korea Selatan.

"Paling suka dia sebut 'sukacintanya' haha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan kebolehannya bercakap Bahasa Melayu. Malah, ada yang berkongsi bahawa dia akan melakukan beberapa latihan dulu sebelum memberi ucapan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 150K views, 4,424 retweets dan 6,971 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di Twitter:

Walaupun ada slang tapi tetap lancar bercakap, salute! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: