seismik

Reaksi Budak Ini Menangis Lihat Video ‘Twinkle Twinkle Little Stars’ Buat Ramai Tersentuh

Kenapa menangis ni dik oi.

Cover image via @___farteees (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya kanak-kanak akan didendangkan dengan beberapa lagu supaya dapat membantu mereka untuk cepat tidur

Banyak lagu kanak-kanak popular yang kita boleh lihat sekarang contohnya seperti baby shark, twinkle twinkle little stars dan sebagainya untuk menarik perhatian mereka.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang budak menangis kerana mendengar lagu twinkle twinkle little stars mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menangis sebab tengok video twinkle twinkle little stars

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak sedang melihat video lagu kanak-kanak popular iaitu twinkle twinkle little stars bersama ibunya.

Tetapi apa yang lebih menghiburkan adalah apabila sebaik saja si ibu memasang video lagu tersebut, anaknya itu mula menangis teresak-esak.

Kejadian itu membuatkan ibunya pelik mengapa anaknya menangis selepas dia memasang lagu berkenaan. Rupa-rupanya kerana terdapat babak sedih iaitu seekor burung hantu dilihat terpaksa meninggalkan kawannya iaitu bintang lalu naik ke atas awan.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Dia sedih tu burung hantu naik atas awan, haha" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi kanak-kanak itu. Malah, ada juga yang turut berkongsi situasi sama apabila anak mereka menangis selepas melihat beberapa cerita.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 265.7K views, 11.3K retweets dan 16.9K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Alahai, kecil-kecil dah pandai emosi ya dik :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: