Pesan Suruh Beli Ayam Seekor, Tapi Sekali Rakan Pergi Beli 'Ayam Lain' Pula. Lawak!
Kan dah kena marah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tinggal satu rumah dengan rakan-rakan semasa belajar adalah kenangan manis yang kita tidak dapat lupakan
Mana tidaknya, pasti pelbagai ragam dan kerenah yang ditunjukkan oleh rakan-rakan kita semasa tinggal bersama. Antara aktiviti yang menyeronokkan adalah memasak dan menyediakan makanan bersama-sama.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki diminta oleh rakannya untuk membeli ayam mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Suruh rakan beli seekor ayam semasa dia on the way balik rumah
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki menunjukkan perkongsian mesej dia bersama salah seorang rakan rumahnya.
Pada mulanya dia menanyakan rakannya itu di mana keberadaannya dan si rakan menjawab sedang menuju ke rumah. Dia kemudian meminta rakannya itu untuk membeli beberapa bahan dapur dan seekor ayam untuk dimasak nanti.
Namun, tidak lama selepas itu si rakan memberikan gambar bahan-bahan dapur yang diminta tetapi melihat satu keropok ayam di situ. Disebabkan itu, dia terus memberikan pesanan suara dan memarahi rakannya itu.
Mungkin kerana rakannya itu salah faham menyebabkan dia terbeli keropok ayam dan bukannya ayam.
"Adeh baru suruh kawan beli, nanti bini suruh beli tak tahu jadi apa" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat perkongsian mesej tersebut. Malah, ramai yang tidak menyangka rakannya itu akan membeli keropok ayam.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 418.6K views, 62.9K likes dan 835 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: