seismik

[VIDEO] Baru Lepas Keluarkan Duit Sekali Terperangkap Sebab Pintu Premis ATM Tutup Sendiri

Alahai kesian dia.

Cover image via @myjoe_ (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Premis mesin ATM adalah tempat penting yang menjadi kunjungan orang ramai jika mahu keluarkan duit mereka

Tambahan pula jika masa itu adalah waktu gaji, memang boleh penuh premis ATM orang beratur menunggu giliran.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang lelaki tiba-tiba terperangkap di sebuah mesin ATM selepas mengeluarkan duitnya mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru lepas keluarkan duit sekali tak dapat buka pintu premis

Menerusi video perkongsian itu, kelihatan seorang lelaki baru saja mengeluarkan wang di sebuah premis ATM. Namun begitu, dia telah melalui satu pengalaman cemas yang tidak dijangka.

Dalam video itu, lelaki berkenaan cuba untuk membuka pintu premis selepas selesai mengeluarkan wang. Tetapi, dia mendapati pintu tersebut tidak boleh ditolak membuatkan dia sedikit cemas.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah bukan setakat pintu saja tidak boleh ditolak, secara tiba-tiba turun tirai besi dari atas pintu membuatkan dia mengundurkan diri dari memegang pintu terbabit. Difahamkan, dia akhirnya dapat dikeluarkan selepas beberapa minit terkurung di situ.

"Okay dah take note takut jadi macam ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut. Malah, ada yang risau bagaimana keadaan lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 167.6K views, 4,778 likes dan 5,200 retweets di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Mesti dia cuak habis masa tu. Siapa pernah kena macam ni?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: