seismik

"Macam Iklan" - Syok Makan Maggi Masa Kelas Online, Pelajar Ini Malu Terlupa Off Kamera

Boleh pula dia lupa off kamera tu.

Cover image via @aali_h19 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan kita semua perlu sentiasa berada di rumah jika tiada urusan penting

Malah, segala perkara perlu dilakukan dari rumah saja termasuklah kelas pengajian untuk para pelajar universiti dan sekolah.

Sudah tentu banyak cabaran dan dugaan yang para pelajar perlu hadapi semasa mengikuti kelas online ini.

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila gelagat seorang lelaki semasa mengikuti kelas online mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aali_h19

terlupa tutup camera. waiting group presentation sampai kul 12mlm. lapor wehh. ##fyppppppppppppppppppppppp ##fyp

original sound - Aali

Lecturer tengah semangat bercerita sekali ternampak pelajar makan maggi

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya kelas online oleh sekumpulan pelajar universiti menerusi panggilan video call.

Namun, salah seorang pelajar dilihat dengan selambanya makan maggi semasa kelas sedang dijalankan. Apa yang lebih menghiburkan adalah pelajar itu pula terlupa untuk tutup kamera di komputernya.

Perkara itu membuatkan keseluruhan kelas menyaksikan gelagatnya itu sambil ditegur oleh lecturernya. Dia kemudian terus menutup bahagian kamera komputernya itu.

"Lecturer tu nak marah ke tak ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki tersebut. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama mereka semasa mengikuti kelas online.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 44.5K views, 3,345 likes dan 148 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai, mesti malu gila kan kantoi masa kelas tengah berjalan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: