seismik

"Kemain Laju" - Gadis Panggil Kucing Untuk Makan, Ramai Terkejut Tengok Jumlah Yang Datang

Wow, sekali dengan geng dia datang.

Cover image via @acomz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang memelihara haiwan peliharaan seperti kucing, pasti sudah menganggap mereka ini sebahagian daripada hidup anda betul tak?

Tambahan lagi kalau dialah satu-satunya haiwan peliharaan anda. Dengan kucing kesayanganlah anda bermain, hilangkan rasa bosan dan juga stres. Memang seronok kalau ada haiwan peliharaan sendiri.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi jumlah kucing peliharaannya yang mengejutkan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@acomz

Harini tak nak kutip sekor sekor Cara panggil kucing malas malas sambil duduk pon boleh. Korang panggil kucing korang petang petang mcm mana?

original sound - Acomz

Kongsi video masa nak panggil kucing makan, tak sangka lihat jumlahnya

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang bersiap sedia untuk memberikan makanan kepada kucing peliharaannya.

Dia kemudian memangil kucing-kucing tersebut dengan mengetuk bekas makanan itu. Apa yang lebih mengejutkan adalah jumlah kucing yang datang kepadanya itu dilihat begitu banyak sekali.

Kucing-kucing itu terus berlari masuk ke halaman rumah selepas mendengar bunyi tersebut.  Menurutnya, kucingnya itu suka bermain di kebun sawit berhampiran kawasan tersebut.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@acomz

Reply to @zhamizu_ ramai suka dorang ni, engkorang kira la ada berapa ekor tu?? Trick ni jadi bila dorang lapar je bila kenyang jd pekak badak

original sound - Acomz

"Luas sungguh playground depa, syok tu bebas" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat jumlah kucing peliharaannya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.9M views, 388.6K likes dan 8,123 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @acomz (TikTok)
Image via @acomz (TikTok)
Image via @acomz (TikTok)
Image via @acomz (TikTok)
Image via @acomz (TikTok)
Image via @acomz (TikTok)
Image via @acomz (TikTok)

Wow! Banyak betul kucing dia tu. Semua laju je datang bila dipanggil makan :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: