seismik

Cuak Monyet Tiba-Tiba 'Intai' Dari Tingkap Bilik, Reaksi Geng Gadis Ini Pula Menghiburkan

The real stalker ni!

Cover image via @adrianathirahzu (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi anda yang pernah tinggal di asrama, pasti tidak akan dapat melupakan momen-momen manis dan lucu di sana betul tak?

Mesti macam-macam perkara yang berlaku pada anda sepanjang duduk di asrama. Tipulah kalau tiada langsung pengalaman yang anda tak dapat lupakan.

Tambahan lagi jika asrama itu dekat dengan hutan dan sering dikacau oleh haiwan di sana.

Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seekor monyet cuba memasuki bilik sekumpulan gadis ini menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Takut tengok monyet cuba nak masuk bilik dari tingkap

Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis berkongsi rasa ketakutan mereka apabila melihat seekor monyet berada di luar tingkap bilik mereka.

Monyet tersebut dilihat cuba untuk memasuki bilik mereka melalui tingkap. Ia juga dilihat beberapa kali mencuba untuk membuka tingkap itu. Haiwan berkenaan juga dilihat beberapa kali cuba untuk membuka tingkap untuk memasukinya.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah gelagat sekumpulan gadis itu yang menjerit ketakutan setiap kali melihat monyet berkenaan cuba membuka tingkap. Kejadian itu membuatkan suasana menjadi tegang tetapi dalam masa yang sama melucukan.

"Bayangkan cermin tingkap ada lopong satu" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut. Malah, ada juga yang meluahkan rasa takut apa akan terjadi jika monyet itu berjaya masuk ke dalam bilik mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 435.1K views, 58.6K likes dan 1,647 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Selalu jadi macam ni kan bila duduk asrama. Dia punya cuak tu tak boleh bawa bincang!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: