seismik

[VIDEO] Tiru Gaya Macam Azizulhasni Awang , Abang foodpanda Ini Curi Tumpuan Ramai

Sama pula gaya dia tu.

Cover image via @benagil_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa saja yang tidak kenal dengan pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang bukan?

Pencapaian beliau telah mengharumkan nama negara di pentas dunia. Beliau pernah meraih gangsa pada Sukan Olimpik Rio 2016 nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

Sudah pasti ia bukanlah satu tugas yang mudah untuk mendapatkan pingat dengan persaingan hebat daripada barisan pelumba terbaik dunia, tetapi beliau telah membuktikan kemampuannya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki meniru gaya beliau semasa hari perlumbaan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Main transition daripada rider foodpanda kepada pelumba negara

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga merupakan pekerja foodpanda sedang bersama seorang rakannya.

Kelihatan rakannya itu memegang motosikal lelaki berkenaan seolah-olah mereka seperti mahu berlumba.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah di pertengahan video, lelaki itu dilihat berubah kepada Azizulhasni yang sedang bersedia untuk perlumbaan beliau. Malah, gayanya juga tak ubah seperti beliau.

"Patutlah order saya lambat sampai, dekat Olimpik rupanya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi lelaki tersebut. Malah, ramai pula yang menyamakan muka rakannya itu sama dengan coach Azizulhasni Awang.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 368K views, 44.5K likes dan 627 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Smart pula transition video ni ya. Sama pula tengok gaya tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: